KUALA LUMPUR: MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Bagaimanapun, ia berkata, masih banyak yang perlu diperjelaskan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan perkara tersebut dalam tempoh dua minggu akan datang dengan kerajaan negeri.
Firma penyelidikan itu berkata kerajaan persekutuan bersetuju agar laluan pertama LRT Pulau Pinang bermula dari Bayan Lepas ke Komtar dengan pelaksanaan dan perkara lain akan diperincikan kemudian.
"Memandangkan kerajaan persekutuan (membiayai) LRT Pulau Pinang, kerajaan negeri sedang menimbang untuk mengurangkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) atau menangguhkannya.
"Berdasarkan perkembangan baharu ini, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara kerajaan persekutuan dan negeri, dan juga rakan kongsi pelaksana projeknya SRS Consortium Sdn Bhd, yang 60 peratus dipegang oleh Gamuda dan baki 40 peratus oleh Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd," katanya dalam satu nota penyelidikan.
MIDF berkata pandangan positifnya terhadap sektor itu juga disokong oleh peruntukan RM1.2 bilion untuk pembangunan sosioekonomi di Negeri Sembilan dan perbincangan dengan rakan kongsi berpotensi mengenai kebolehlaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bernilai RM60 bilion oleh firma Malaysia.
Peruntukan RM1.2 bilion itu termasuk RM600 juta untuk pembinaan susur keluar dari cadangan tol baharu ke Jalan Lingkaran Tengah Seremban, RM280 juta untuk pembinaan kemudahan Kementerian Pendidikan, dan RM160 juta untuk pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Bukit Pelandok dan Sungai Pelek.
Firma penyelidikan itu berkata aliran baharu dalam pekerjaan infrastruktur asas dan projek infrastruktur mega sudah pastinya akan mengujakan sektor pembinaan yang agak kurang aktif sejak beberapa tahun lalu.
"Kami menjangkakan 2023 menjadi tahun yang lebih baik kepada kontraktor, terutamanya dengan rangsangan daripada Bajet 2023, dengan pelbagai kerja infrastruktur dan kemudahan awam yang akan diterjemahkan kepada aliran kerja yang lebih kukuh tahun ini.
"Kami masih berpendapat bahawa kemuncak tahun ini ialah pelancaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3), yang ditangguhkan sejak Disember 2022 berikutan kajian semula oleh kerajaan untuk menurunkan kos daripada RM50 bilion kepada RM45 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Firma penyelidikan itu berkata kerajaan persekutuan bersetuju agar laluan pertama LRT Pulau Pinang bermula dari Bayan Lepas ke Komtar dengan pelaksanaan dan perkara lain akan diperincikan kemudian.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.
MIDF Research unjur ringgit lebih kukuh pada 2024
MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.